Jenama Misi bermula pada tahun 2010 dan masih lagi diikuti dan digemari sehingga kini. Mari ikuti garis masa MISI yang bermula 9 tahun lepas!
Jenama Misi bermula pada tahun 2010 dan masih lagi diikuti dan digemari sehingga kini. Mari ikuti garis masa MISI yang bermula 9 tahun lepas!
2010
Komik MISI 10A ialah sambungan kepada Misi 8A dan menceritakan cerita Aizad dan Zahid di sekolah berasrama penuh. Dalam buku ini juga pembaca diperkenalkan dengan watak-watak Misi ikonik seperti Fizi, Kimi, Mat dan Putera
2011
Misi 10 Plus fokus pada pembangunan karakter Misi di luar bidang akademik. Dalam buku ini, watak-watak Misi mula mengembangkan bakat dan minat mereka.
2012

Misi 10A Finale adalah komik terakhir watak Misi dalam sekolah menengah, dan menandakan permulaan kepada perjalanan watak Misi dalam dunia universiti dan pekerjaan. Misi robot ialah kompilasi komik komik pendek yang pernah dilukis oleh Afiq & Nazry
Misi Straight A ialah gabungan komik Misi 8A, Misi 10A dan Misi 10A Plus
2014
Misi 4 Flat ialah komik yang agak istimewa kerana ia menonjolkan kehidupan universiti di Malaysia dan di luar negara. Menyentuh isu pendidikan peringkat tinggi yang banyak membelenggu pelajar masakini.
Misi KIRA ialah nomik (Novel + komik) yang mengisahkan tentang dunia matematik yang penuh mencabar.
Siri Misi Detektif Fateh ialah nomik yang memfokuskan pada pembangunan pemikiran KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) untuk pelajar sekolah rendah.
2015
Misi KIRA 2 ialah sambungan kepada MISI KIRA 1, sebuah nomik yang fokus pada permasalahan matematik. Misi PLKN ialah komik yang menceritakan tentang geng Aizad dan Zahid yang menempuh pengembaraan di kem PLKN.
Misi Fizik menceritakan tentang perjalanan Fizi untuk menjadi angkasawan
2016
Pada tahun berikutnya, MISI PLKN diterbitkan semula oleh PTS Publication dengan nama Misi PLKN : Konspirasi Misi Tahfiz ialah satu inovasi dalam industri apabila menjadi komik pertama mengetengahkan jalan cerita berkisarkan tentang suasana di Sekolah Tahfiz.
Misi Terbang Tinggi ialah terbitan semula komik pertama Afiq dan Nazry, iaitu Aviasi Fantasi.
Misi Solat 5 Waktu ialah nomik yang menarik yang mengajar tentang solat dan ibadat.
2017
Misi 6A mengisahkan tentang perjalanan hidup Zahid sebagai guru ganti yang bertanggungjawab untuk mengajar pelajar-pelajar kelas belakang.
Misi Angkasa ialah kesinambungan kepada Misi Fizik. Dalam buku ini, Fizi mengharungi ujian yang getir untuk menjadi angkasawan negara.
Misi 4 Flat X ialah karya yang istimewa kerana ia menampilkan kesemua watak Misi yang pernah muncul selama 7 tahun termasuklah watak-watak daripada Misi KIRA dan Misi Detektif Fateh. Mereka bergabung tenaga menyelamatkan Mat daripada ancaman bahaya.
2018
Misi Chef
Sebuah komik yang mengisahkan tentang cabaran Putera dalam membantu menaikkan semua sebuah restoran
legenda yang bernama Restoran Mankanan.
"Komik MISI CHEF mempersembahkan dunia kulinari dan industri makanan dalam medium yang menghiburkan dan
lain dari yang
lain. Ianya mampu membuatkan kita menghargai budaya masakan dan makanan Melayu, serta mengajar kita
tentang perit dan
payah perjalanan kehidupan seorang chef. Semoga pengisian komik ini membuka minda dan memberi inspirasi
kepada generasi
muda. "
- Ezani Monoto, Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama
Misi Ragbi Komik sukan pertama dalam siri Misi. Mengisahkan tentang Rizqy, seorang pelajar berbadan kecil namun mempunyai impian yang gergasi iaitu untuk menjadi pemain ragbi terbaik Negara. Mampukah Rizqy mencapai impiannya?
2019
Misi Mencari Cinta Aizad sudah memiliki segalanya. Harta yang banyak, sekolah seni bela diri yang terkenal, dan gelaran juara silat negara. Namun dirinya terasa kosong. Aizad ingin menamatkan zaman bujangnya!
Misi School Adventure Mat dituduh mencuri dalam peperiksaan? Barang-barang geng Misi dicuri? Zahid terjumpa pen ajaib? Ikuti pengembaraan Aizad, Zahid, Mat, Putera, Kimi dan Fizi dalam menempuhi cabaran-cabaran yang menarik di sekolah!
2020